Bermain kotor baik untuk si manja ?
Hampir setiap ibu bapa tidak suka anaknya bermain kotor. Bukan hanya disebabkan penat mencuci pakaian kotor si manja, bahkan juga sebab yang lebih penting ibu bapa melarang anak bermain kotor adalah kerana khuatir anak dijangkiti kuman dan bakteria. Mana tidakya, pasir dan tanah yang ada di luar rumah mengandungi banyak kotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan si manja ditimpa penyakit. Selain pasir dan tanah, kanak-kanak gemar bermain dengan daun, air, batu, kayu, pokok-pokok, rumput dan macam-macam lagi.
Mengikut kajian, bermain kotor adalah merupakan bahagian penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Jika dilihat dari sudut kasar, memanglah bermain kotor ini hanya akan menyebabkan anak kotor dan lebih teruk lagi boleh memberi kesan kepada kesihatan anak. Namun, melalui "kotoran" juga dapat memberi peluang kanak-kanak untuk mempelajari banyak benda.
Perkembangan fizikal
Dengan bermain kotor, kanak-kanak berpeluang melatih dan mengembangkan kemahiran motor halus serta kordinasi tangan dan mata mereka melalui aktivit seperti memegang, menabur dan menyudu pasir. Aktiviti ini juga menyediakan peluang untuk kanak-kanak membezakan tekstur seperti lembut, kasar, keras dan halus.
Perkembangan Emosi dan Sosial
Menjadi sifat semula jadi kanak-kanak iaitu penuh dengan rasa ingin tahu. Bermain kotor menggalakkan si kecil untuk melalui pengalaman baru. Semasa bermain kotor, kanak-kanak tidak perlu mengikui peraturan dan tiada cara khusus untuk mereka bermain kotor. Ketika ini, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk membuat sesuka hati mereka. Hal ini dapat meningkatkan rasa yakin diri mereka. Melalui bermain kotor ini juga, si manja anda akan fokus, bijak merancang dan menyelesaikan masalah. Anak anda juga mendapat membina hubungan dengan rakan sebaya mereka semasa bermain.
Perkembangan intelektual
Kanak-kanak akan menyiasat, meneroka, mencipta dan lebih memahami dunia di sekeliling mereka. Sewaktu mereka memerhati, meramal, mencuba untuk menyelesaikan masalah dan melihat hasil, kanak-kanak akan lebih memahami kaedah saintifik yang digunakan sepanjang proses bermain kotor.
Perkembangan kreatif
Anak kecil anda berpeluang untuk meningkatkan imaginasi dan kreativiti mereka melalui kotoran yang dimainkan. Melalui pengalaman sensori, kanak-kanak dapat bergerak balas dengan perkara yang mereka lihat, dengar, rasa, sentuh dan hidu. Mereka kemudiannya akan melahirkan perasaan dan pandangan melalui warna, struktur, bentuk dan binaan dalam pemerhatian mereka,
Like our FB Page for updates : https://www.facebook.com/int3treesmartkids
Instagram : int3treesmartkids
Twitter : https://twitter.com/Int3treeSmart
Instagram : int3treesmartkids
Twitter : https://twitter.com/Int3treeSmart
No comments:
Post a Comment