Monday 9 January 2017

KESILAPAN BESAR MAK BAPA YANG MENJADIKAN ANAK MEREKA TERUK KELAK!!!

Hari ni saya berkesempatan melawat keluarga yang majoriti anak2 dia semua pandai, sopan dan hormat orang...saya cuba untuk tahu apa
rahsia si ibu supaya dapat di kongsikan kepada ibu2 lain yg seringkali terkeluar urat leher menjerit anak untuk "jadi pandai" tapi tak juga pandai2..
bila suruh belajar kadang anak2 sendiri tak tahu nak buat apa..tp tengok anak orang lain senang je kan..suruh je belajar mereka da tahu apa nak buat...
bila saya mendesak akhirnya si ibu menunjukkan saya 1 tempat..
dia kata "inilah rahsia saya" ...terperanjat sebab ia adalah dinding yang telah di conteng dan segala poster pembelajaran ada yang sudah di koyakkan....
betullah apa yg saya belajar selama 4 tahun di Universiti dalam "pengurusan minda manusia" dan pengalaman berhadapan dengan pelajar di sekolah selama 6 tahun,
bahawa kanak2 ni dia akan membesar dan belajar menjadi kreatif melalui permainan dan juga melalui pembentukkan imaginasi dalam minda mereka..sebab tu kadang2 anda akan nampak ada pelajar yg daya imagina dia tinggi bebanding pelajar lain...
sediakan ruang utk mereka keluarkan apa yang sedang "terbang" dalam minda mereka..sama mcm kita masa kecil dahulu..kita kadang berimaginasi jadi hero sebagai atromen lah, jadi superman lah dan sebagainya tapi diri kita pada masa itu tidak di keluarkan sepenuhnya daya kretiviti tu oleh mak bapa kita so apa kata sekarang anda yang mampu lakukan ....lakukan dan terus lakukan ia kepada anak anda pula..
sediakan 1 ruang pembelajaran dan sekiranya anak anda menconteng dinding atau mengkoyakkan segala buku atau poster biarkan sahaja..jangan di marah tapi biarkan mereka koyakkan dan selepas tu ajak mereka utk melihat hasil yg telah mereka lakarkan...jangan terkejut jika anak anda boleh memberikan anda 1 cerita lengkap dgn hanya lakaran "conteng2 cakar ayam" di dinding...sebab lakaran itu sebenarnya adalah "cerita" dari dalam dunia mereka yg mereka terjemahkan dalam bentuk garisan..
biarkan selama 20 sesi selepas tu ajar mereka dgn menyambungkan garisan tu menjadi bentuk itik, ayam lalu akhirnya terbentuk rangka manusia kerana semua gambar yang perfect bermula dengan satu garisan lurus atau titik....
insya Allah one day mereka akan jadi orang yang kreatif dan mampu melakukan sesuatu yang anak orang lain x mampu lakukan!!!
nak tanya?
kalau anak korang conteng dinding dan koyakkan macam dalam gambar ni,
korang akan mengamuk tak?? ;) hahahaha..jom nilai diri!!!
#founderInt3tree
#int3treesmartkids
#int3tree

Like our FB Page for updates : https://www.facebook.com/int3treesmartkids

Instagram : int3treesmartkids

Twitter : https://twitter.com/Int3treeSmart

No comments:

Post a Comment